
KUALA LUMPUR: DC Healthcare Holdings Bhd memperkenalkan ‘newB,’ barisan penjagaan kulit tercanggih yang dibangunkan oleh anak syarikatnya, Ten Doctors Sdn Bhd (10DRS).Rangkaian baharu dibahagikan kepada dua kategori iaitu newB Premium Ageless dan newB Premium Hydration, kedua-duanya dirumus untuk menetapkan piawaian baharu dalam keberkesanan penjagaan kulit.
Syarikat dalam satu kenyataan berkata, ia dicipta dengan bahan revolusioner DiamondC60, rangkaian Premium Ageless yang baharu memberikan faedah anti-penuaan yang kuat.Pengarah Urusan DC Healthcare, Dr Chong Tzee Sheng berkata, pengenalan newB adalah langkah strategik dalam mempelbagaikan portfolio penjagaan kesihatan syarikat.
“Produk penjagaan kulit kami dibangunkan dengan ketepatan saintifik, memenuhi keperluan penjagaan kulit pelanggan kami yang semakin berkembang. Barisan produk baharu ini bukan sahaja menyumbang kepada aliran pendapatan kami tetapi juga meningkatkan reputasi kami sebagai penyedia penjagaan kesihatan yang komprehensif.
Kami amat digalakkan oleh aplikasi komersil DiamondC60, ramuan yang kami percaya akan menetapkan piawaian industri baharu,” katanya di sini hari ini.”Ramuan ini mengandungi Japan Quality Fullerene “The First Natural Fullerene in Malaysia”, mempamerkan prestasi anti-oksidatif yang unggul berbanding komponen anti-penuaan tradisional seperti Vitamin C. Secara selari, koleksi B Premium Hydration baharu diperkasakan oleh 7HA Boost Complex yang inovatif menggunakan Teknologi Pengukuhan Kelembapan,” katanya.
Sehingga 31 Oktober 2023, harga saham DC Healthcare berada pada 52 sen sesaham, mencerminkan modal pasaran sebanyak RM518.1 juta.