comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Nilai dahulu risiko & keperluan, sebelum sandarkan simpanan KWSP 

FOTO: NSTP

Oleh Faiz Aizat Azali

PETALING JAYA : Cadangan membenarkan simpanan akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) digunakan sebagai sandaran pinjaman bank dilihat amat berguna dan memberi satu bentuk fleksibiliti bagi rakyat yang mahu akses kemudahan bank tetapi berdepan masalah berkaitan pendapatan atau dokumentasi.

Bagaimanapun, menurut Ketua Pakar Ekonomi Bank Muamalat, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, ahli KWSP perlu menilai risiko dan keperluan kewangan masing-masing sebelum membuat keputusan.

Ini kerana setiap pinjaman perbankan miliki terma tertentu dan jika terdapat masalah pembayaran, proses pemulihan atau mendapatkan semula pinjaman tetap akan dilaksana bank sebagaimana termaktub dalam perjanjian pinjaman.

“Peminjam kemudahan pinjaman ini mereka tertakluk kepada lunas undang undang seperti pembayaran perlu dibayar secara berkala, “on time” dan sebagainya , mereka perlulah menilai keperluan kewangan mereka dan apakah mereka berupaya membayar dan menjelaskan pembiayaan bulanan seperti yang ditetapkan kerana terdapat risiko,” katanya kepada Buletin TV3.

Dalam kenyataan semalam, Kementerian Kewangan berkata kerajaan kini sedang memuktamadkan Inisiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2.

Ini akan memberi kemudahan untuk ahli KWSP menggunakan baki simpanan dalam Akaun 2 sebagai sandaran bagi mendapat pembiayaan daripada institusi perbankan.

Inisiatif ini tidak  akan membebankan rakyat kerana kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) yang akan dikenakan oleh institusi perbankan yang terlibat di dalam inisiatif ini dijangka di antara 4 peratus hingga 5 peratus setahun.

Kadar ini adalah jauh lebih rendah daripada kadar pasaran semasa pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan yang dikenakan pada sekitar 8 peratus hingga 15 peratus.

Inisiatif ini juga tidak bercanggah Seksyen 51, Akta KWSP 1991 kerana baki simpanan dalam Akaun 2 hanya digunakan sebagai sandaran melalui pengeluaran pada umur persaraan.

Loading...
Terkini