comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Nilai ringgit meningkat berbanding dolar AS pada sesi pembukaan urus niaga

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit meningkat sedikit berbanding dolar AS pada sesi pembukaan dagangan pagi ini, dirangsang oleh minat belian terhadap mata wang tempatan di tengah-tengah peningkatan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.4320/4350 berbanding dolar AS daripada 4.4375/4405 pada penutup pada hari Rabu.

Harga minyak telah melonjak sebanyak 2.76 peratus.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berpendapat ringgit telah dibuka pada kedudukan yang lebih baik apabila sentimen risiko meningkat.

“Pelabur mungkin menyaksikan mata wang tempatan pada paras 4.42 hari ini apabila sentimen risiko global stabil selepas Bank of Japan mengambil langkah mengejut yang cenderung untuk menaikkan kadar faedah pada awal minggu ini,” katanya kepada Bernama. —- BERNAMA

Loading...
Terkini