comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Nilai ringgit terus meningkat berbanding dolar AS pada sesi pembukaan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit terus meningkat pagi ini, dibuka agak tinggi berbanding dolar AS didorong oleh petunjuk positif dalam langkah dasar China.

Penganalisis berkata ini termasuk peralihan negara itu ke arah ‘hidup dengan COVID-19’ dan langkah hartanah baharu untuk membantu sektor perumahannya yang masih terkekang.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.5345/5400 berbanding dolar AS daripada penutupan selasa pada 4.5390/5465.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata langkah hartanah yang diambil itu akan menyokong melonjakkan harga komoditi dan memandangkan Malaysia merupakan pengeksport yang berminat untuk mengeksport ke China, ini akan membantu ringgit melalui syarat perdagangan yang lebih baik.

Sementara itu, peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata dolar AS terus menyusut nilai berbanding ringgit dan ini dilihat sebagai pembetulan semula jadi selepas kenaikan yang ketara sejak dua tahun lepas. – BERNAMA

Loading...
Terkini