comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Nilai ringgit terus naik berbanding dolar AS

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum positifnya pagi ini, meningkat sebanyak 0.38 peratus berbanding dolar AS pada sesi pembukaan urus niaga, sekali gus mencerminkan sentimen menggalakkan selepas kemelut politik semasa di dalam negara selesai.

Selain itu, pasaran turut mengambil petunjuk daripada isyarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat mengenai penurunan dalam kenaikan kadar.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan terus menambah nilai kepada 4.4760/4810 berbanding dolar AS daripada penutupan Khamis pada 4.4910/5000.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pergerakan aktif dalam pasaran saham Malaysia berikutan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10, turut membantu ringgit untuk menarik pelabur asing.

Pengerusi Pakatan Harapan itu mengangkat sumpah sebagai perdana menteri di Istana Negara semalam.

“Bagaimanapun, pemacu sentimen utama pada masa hadapan ialah kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan seperti yang terkandung dalam minit Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC),” katanya kepada Bernama. – BERNAMA

Loading...
Terkini