comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Nilai transaksi pasaran hartanah melonjak kepada RM56.53 bilion

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR: Prestasi pasaran hartanah di Malaysia terus mengukuh pada suku pertama 2024 dengan bilangan dan nilai transaksi masing-masing melonjak sebanyak 17.2 peratus dan 34.3 peratus kepada 104,297 transaksi bernilai RM56.53 bilion.

Pada suku sama tahun lalu, pasaran hartanah tempatan merekodkan sebanyak 89,024 transaksi bernilai RM42.11 bilion.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata sebagai salah satu enjin induk pertumbuhan ekonomi negara, pengukuhan industri hartanah pada suku pertama ini membuka pintu kepada banyak perkara.

Beliau berkata, ia memberi keyakinan bahawa Malaysia berada pada landasan yang betul bagi mencapai pertumbuhan kukuh untuk 2024.

Malah, katanya ia adalah isyarat awal kejayaan transformasi negara seperti ditetapkan dalam kerangka Ekonomi MADANI.

“Kerajaan berharap perancangan ekonomi yang mengimbangkan projek-projek pemangkin dengan pembangunan inklusif akan mendorong perkembangan pasaran hartanah bagi jangka masa panjang,” katanya dalam satu kenyataan selepas taklimat media Laporan Pasaran Harta Suku Pertama 2024 Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) secara maya hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini