comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

OCK jana RM700 juta melalui terbitan Sukuk Murabahah

KUALA LUMPUR: OCK Group Bhd telah menerbitkan Sukuk Murabahah menurut program nota jangka sederhana Islamnya bernilai sehingga RM700 juta dalam nilai nominal selama 30 tahun.

Dalam satu kenyataan, penyedia penyelesaian rangkaian telekomunikasi itu berkata hasil yang diperoleh daripada terbitan berkenaan akan digunakan untuk membiayai modal kerja am dan perbelanjaan modal serta menstruktur semula pinjaman sedia ada berserta dengan tujuan umum korporat yang lain.

Pengarah Urusan Kumpulan OCK Datuk Sam Ooi Chin Khoon percaya terbitan itu adalah sejajar dengan matlamat jangka panjang syarikat kerana ia akan membolehkannya mengurangkan lagi pinjaman sedia ada melalui penstrukturan semula pinjaman, terutamanya pinjaman dolar AS.

“Ia akan menyediakan kami modal kerja tambahan untuk meneruskan lebih banyak projek dengan perbelanjaan modal tinggi yang sedang dalam perancangan selain memulakan projek baharu di mana kami boleh meneruskan pertumbuhan dengan memanfaatkan peluang yang berpotensi di tengah-tengah pelancaran 5G yang berterusan,” katanya. .

Di bawah tranche pertama pelaksanaan yang akan diterbitkan, Sukuk Murabahah telah pun diakreditasi oleh MARC Ratings Bhd dengan penarafan kredit awal AA- sehingga RM400 juta.

United Overseas Bank (Malaysia) Bhd ialah penasihat utama, pengatur utama dan pengurus utama bagi Program Sukuk Murabahah.

Loading...
Terkini