comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Operasi SCIB berjalan seperti biasa di sebalik turun-naik saham

Foto Hiasan

KUCHING: Syarikat sistem bangunan perindustrian, Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB), komited mengekalkan operasi seperti biasa di sebalik pergerakan turun-naik harga saham syarikat.

Pengarah Urusan Kumpulan SCIB, Ku Chong Hong berkata, pihaknya mengakui berlaku turun-naik ketara harga saham baru-baru ini tetapi menekankan bahawa pergerakan ini dipacu pasaran dan di luar kawalan syarikat.

Sebagai entiti dagangan awam, kami menyedari bahawa turun naik harga saham boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor pasaran. SCIB tidak mempunyai sebarang pengaruh ke atas pergerakan harga sahamnya dan tidak mengetahui sebarang sebab khusus untuk aktiviti dagangan baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa SCIB telah bertukar menguntungkan pada suku kewangan terkini, mencerminkan keberkesanan inisiatif strategik dan kecekapan operasi kami,” katanya di sini hari ini.

SCIB berkata demikian dalam reaksi kepada pertanyaan Aktiviti Pasaran Luar Biasa (UMA) daripada Bursa Malaysia berhubung aktiviti dagangan menjelaskan bahawa Syarikat beroperasi seperti biasa dan kekal fokus pada objektif strategik dan rancangan pertumbuhan Syarikat.

Loading...
Terkini