comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

OPR naik 0.25 peratus kepada 2.75 peratus

Foto: NSTP

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia naikkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus. Dalam satu kenyataan, Jawatankuasa Dasar Monetari menjelaskan ekonomi global terus terjejas akibat tekanan kos yang semakin meningkat, keadaan kewangan global yang lebih ketat serta langkah-langkah pembendungan yang ketat di China.

Kesan faktor-faktor ini melebihi kesan sokongan daripada keadaan pasaran pekerja yang positif serta pembukaan semula sepenuhnya kebanyakan ekonomi dan sempadan antarabangsa. Tekanan inflasi berlarutan lebih lama daripada jangkaan disebabkan oleh permintaan yang kukuh, pasaran pekerja yang ketat serta harga komoditi yang tinggi meskipun keadaan rantaian bekalan global semakin bertambah baik.

Kesannya, banyak bank pusat dijangka terus menaikkan kadar faedah bagi menguruskan tekanan inflasi. Khususnya, pelarasan kadar faedah AS yang terus agresif dan jangkaan kadar penamat (terminal rate) yang lebih tinggi di AS telah menyumbang kepada persekitaran dolar AS yang terus kukuh. Hal ini telah menyebabkan volatiliti yang lebih ketara dalam pasaran kewangan, lantas memberikan kesan terhadap mata wang pasaran utama dan pasaran sedang pesat membangun lain termasuk ringgit.

Pada masa hadapan, prospek pertumbuhan global akan terus menghadapi rintangan daripada keadaan kewangan yang lebih ketat berikutan inflasi yang lebih tinggi di ekonomi utama serta cabaran-cabaran dalam negeri di China. Prospek pertumbuhan bergantung pada risiko pertumbuhan terus menjadi lebih perlahan, termasuk ketegangan geopolitik yang semakin meruncing, rintangan dalam negeri di China yang semakin buruk dan kemungkinan catuan tenaga di Eropah.

Laporan lanjut menyusul.

 

Loading...
Terkini