comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Pameran Automobil Beijing beri bayangan masa depan PROTON

Kereta konsep SUV perdana berteknologi tinggi Geely Galaxy Starship mencuri perhatian pada Pameran Automobil Beijing 2024. – FOTO: PROTON

KUALA LUMPUR: Rakan kongsi teknologi PROTON, Zhejiang Geely Holding Group (Geely) baru-baru ini mempamerkan pelbagai jenis teknologi inovatif pada Pameran Automobil Beijing 2024.

Antaranya ialah konsep kenderaan utiliti sukan (SUV) perdana berteknologi tinggi, Galaxy Starship, yang menunjukkan komitmen Geely untuk memajukan teknologi automotif.

Ia menandakan peluang besar bagi PROTON untuk memanfaatkan teknologi futuristik Geely dan menawarkan pandangan terhadap teknologi masa depan yang mungkin diadaptasi oleh pengeluar kereta nasional itu.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong, berkata walaupun tiada model dipamerkan antara kerjasama Geely dengan PROTON, syarikat tetap merasakan ia adalah peluang penting untuk mempamerkan model dan teknologi yang mungkin disesuaikan pada masa hadapan.

“Rakyat Malaysia dijangkakan boleh mengalami lebih banyak platform global Geely dan seni bina tenaga baharu yang pintar digabungkan ke dalam model PROTON di masa akan datang, memacu kepada era baharu kecerdasan buatan yang komprehensif dalam industri automotif di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Dengan langkah global ke arah kenderaan tenaga baharu, paparan Geely juga termasuk mempamerkan perkembangan terobosan dalam rangkaian kuasa elektrik dan hibrid, serta pengenalan seni bina termaju seperti Seni Bina Pengalaman Lestari (SEA) dan Seni Bina Modular Kompak (CMA) untuk model masa hadapan.

Galaxy Starship berasaskan seni bina elektrik Geely dan menyepadukan berbilang teknologi rangkain kuasa serta memperkayakan pengalaman pengguna dengan kecerdasan buatan telah disokong oleh FlymeAuto daripada Meizu.

Pintu bersayap camar yang besar juga terbuka kepada bahagian dalam yang luar biasa dengan tempat duduk berbilang fungsi, mempamerkan reka bentuk masa depan yang berpotensi untuk dalaman kenderaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini