comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Pasaran getah ditutup tingggi susulan pembukaan semula ekonomi China

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia mengakhiri dagangan lebih tinggi hari ini susulan pembukaan semula ekonomi China mendorong sentimen positif untuk permintaan getah kerana yakin Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan dasar kenaikan kadar agresif tidak lama lagi, kata seorang peniaga.

Bagaimanapun, beliau berkata kenaikan seterusnya dihadkan oleh petunjuk lebih lemah daripada penanda aras harga minyak mentah dan ringgit yang lebih kukuh dalam persekitaran ketiadaan peniaga China.

“Pengendali pasaran akan memantau keluaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS yang akan dikeluarkan kelak untuk petunjuk pasaran selanjutnya,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pasaran niaga hadapan getah Jepun terus mencatatkan kenaikan untuk mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih tiga bulan pada Khamis apabila sentimen permintaan kekal tinggi berikutan harapan pemulihan ekonomi dalam pembeli utama China walaupun perdagangan berkurangan berikutan cuti umum di negara tersebut.

Harga minyak mentah ditutup bercampur-campur hari ini kerana stok minyak mentah AS meningkat kurang daripada jangkaan manakala dolar AS yang lebih lemah menjadikannya lebih murah untuk pembeli bukan Amerika, katanya.

Ketika berita ini ditulis, penanda aras harga minyak mentah Brent turun 0.24 peratus kepada US$85.99 setong.

Beliau berkata dilaporkan Rizab Persekutuan AS sebahagian besarnya dijangka menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas yang lebih kecil minggu depan disebabkan beberapa petunjuk menyatakan bahawa inflasi semakin reda.

“Ekonomi AS dilaporkan berkemungkinan mengekalkan kadar pertumbuhan yang kukuh pada suku keempat apabila pengguna meningkatkan perbelanjaan ke atas barangan tetapi momentum nampaknya telah perlahan dengan ketara menjelang akhir tahun dengan kadar faedah lebih tinggi menjejaslam permintaan,” katanya.

Sementara itu, harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) naik 1.5 sen kepada 615.0 sen sekilogram manakala lateks pukal menokok 2.5 sen kepada 529.5 sen sekilogram.Pada 5 petang, harga penutup LGM bagi SMR 20 berada pada 614.0 sen sekilogram manakala harga lateks pukal pada 532.5 sen sekilogram. – BERNAMA

Loading...
Terkini