comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Pasaran getah ditutup tinggi

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia meneruskan aliran meningkat pada Rabu, disokong ringgit yang lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan data inflasi AS yang lebih tinggi berbanding jangkaan, kata peniaga.

Menurut data Jabatan Buruh AS yang dikeluarkan pada pagi Selasa, Indeks Harga Pengguna (IHP) AS meningkat 0.3 peratus pada Januari berasaskan pelarasan bermusim selepas naik 0.2 peratus pada Disember.

“Walau bagaimanapun, kenaikan seterusnya dikekang oleh penurunan harga minyak mentah ditambah dengan prestasi bercampur-campur yang dialami pasaran niaga hadapan getah serantau,” katanya kepada Bernama.

Peniaga berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat pada Rabu memandangkan rancangan peningkatan pengeluaran automotif dan penyusutan yen telah menambah baik sentimen, walaupun harga minyak mentah yang lebih rendah telah mengehadkan kenaikan.

Di peringkat tempatan, harga rujukan bagi getah fizikal di Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) naik 2.0 sen kepada 721.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal meningkat 1.5 sen kepada 685.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 berada pada 723.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 686.5 sen sekilogram. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini