comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

[VIDEO] Pastikan rakyat tidak hilang pekerjaan walaupun peralihan ke era teknologi – Fahmi

 

Oleh Afrina Romzi

PETALING JAYA: Ekosistem pekerjaan perlu diteliti susulan peningkatan peluang teknologi untuk mengurangkan pergantungan tenaga kerja manusia.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata ini bagi memastikan peralihan teknologi tidak mengakibatkan kehilangan pekerjaan tetapi sebaliknya, mengalihkan pekerja untuk membina kemahiran baharu.

“Jika kita melihat trend umum, dalam peralihan pekerjaan, ada persoalan masa depan pekerjaan. Kini menjadi persoalan besar bagi banyak industri, orang ramai. Dengan kemunculan kecerdasan buatan (AI), apakah peranan yang boleh saya mainkan? Apakah (skop) kerja saya? Apakah pekerjaan masa depan?,” katanya pada pelancaran Hab Auto GDEX di ibu pejabat GDEX, di sini hari ini.

Fahmi Fadzil pada perasmian Hab Auto GDEX di Petaling Jaya, hari ini. – FOTO: NSTP

Penyedia perkhidmatan penghantaran ekspres, GDEX Bhd melabur RM25 juta untuk melaksanakan operasi hab automatik, yang akan meningkatkan kapasiti penyisihan tiga kali ganda kepada 350,000 penghantaran sehari, dalam tempoh dua tahun akan datang.

“Ia menandakan peralihan kepada Revolusi Industri 4.0 untuk negara ke arah transformasi digital. Ini akan meningkatkan kecekapan operasi dan produktiviti, kualiti perkhidmatan dan pembangunan kemahiran baharu untuk pekerja,” katanya.

Dalam pada itu, dengan kes melibatkan keselamatan siber yang semakin meningkat, beliau menyarankan lebih banyak pemain industri untuk mengikuti langkah GDEX yang mempunyai 230 pekerja dalam informasi teknologi untuk melindungi data pengguna.

Loading...
Terkini