comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

PDAM mahu adakan perbincangan dengan kerajaan mengenai pelaksaaan fleet card

Foto hiasan.

Oleh Amanda Lopez

KAJANG: Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) ingin mengadakan perbincangan dengan kerajaan mengenai pelaksanaan mekanisme fleet card Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).

Menurut Presidennya Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz, setakat ini mereka tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kaedah pelaksanaan fleet card yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz.

“Pengusaha stesen minyak, 30 peratus daripada stesen kami itu adalah kepunyaan individu.Justeru kalau ada apa-apa sistem yang dibuat, apa-apa pelaburan diperlukan keluar dari duit poket sendiri, bukan duit syarikat minyak. Sebab itu, kami mengingatkan kerajaan panggil kami untuk berbincang bersama sebab syarikat minyak tidak akan melabur untuk semua stesen. Ada stesen pemilikan indvidu mereka memerlukan suara.” katanya dalam satu temu bual eksklusif bersama Tv3.

PDAM difahamkan mekanisme subsidi bersasar ini dijangka dilaksanakan paling awal separuh kedua tahun ini.

Bagaimanapun, masih ada persoalan samada mekanisme fleet card ini dapat mengatasi semua kategori ketirisan yang berlaku khusus-nya antarabangsa.

Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz ketika dalam temu bual eksklusif bersama TV3.

“Secara dasarnya ketirisan diesel ada yang berlaku di stesen namun ada juga yang berlaku di antara depoh minyak sebelum sampai ke stesen minyak. Mungkin fleet card ini boleh mengatasi ketirisan yang berlaku di stesen minyak dan subsidi di skid tank namun ada banyak tempat yang perlu diperhatikan oleh kerajaan bagi memastikan ketirisan itu tidak berlaku.” jelasnya.

Mengambil contoh sistem di negara Turkiye–katanya, kerajaan turki mengira setiap liter minyak yang keluar dari depoh , setiap liter yang masuk ke stesen minyak serta jumlah liter yang masuk ke setiap kenderaan.

“Turkiye, ia terbalik dengan Malaysia di mana negara keliling minyaknya murah malah minyak dijual dengan cukai. Justeru, kerajaan terbabit tidak ingin kehilangan cukai serta minyak seludup masuk.  Justeru, setiap liter yang keluar dari depoh dikira , setiap liter masuk ke stesen dan setiap liter yang masuk ke setiap kenderaan dipantau. Kerajaan nak pantau ada wujud terlebih minyak yang dirasakan dapat dari minyak diseludup.”

Turut diutarakan, isu penduduk di Sabah dan Sarawak yang majoritinya menggunakan kenderaan pikap berenjin diesel.

“Justeru, saya risau dari segi stesen minyak takut nanti jualan bahan api jatuh sebab harga diesel mahal. Namun bagi orang ramai adakah dia akan mendapat subsidi itu? Ia memandangkan individu tidak boleh pakai fleet card.”

Loading...
Terkini