comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Pegawai pinjaman, peguam perlu lapor projek perumahan diragui

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) menggesa peguam dan pegawai pinjaman memainkan peranan mereka dengan melaporkan sebarang projek perumahan yang meragukan kepada pihak berkuasa terutamanya yang dibina atas alasan tujuan kediaman sendiri.

Presiden REHDA Datuk NK Tong berkata projek perumahan ini lebih kerap ditawarkan oleh individu yang menyamar sebagai pemaju, yang lokasi projek di luar bandar, kawasan pinggir bandar dan pembangunan kecil iaitu skala projek adalah kecil dan mungkin tidak dapat dikesan.

“Lazimnya individu yang menyamar sebagai pemaju juga beroperasi tanpa sebarang Lesen Permit Pengiklanan Pembangunan (APDL) justeru sukar untuk menjejaki mereka,” katanya.

Bagaimanapun, katanya perlu diingatkan bahawa projek berkenaan tidak akan berjalan dan akhirnya terbengkalai tanpa campur tangan peguam dan pegawai pinjaman yang salah.

“Perkhidmatan guaman dan tawaran pembiayaan pinjaman sepatutnya dihentikan bagi projek tanpa APDL yang diluluskan seperti ini dan kami percaya tanggungjawab itu harus terletak pada peguam dan pegawai pinjaman ini untuk melaporkan kegiatan tersebut kepada pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini