comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Pekerja Malaysia peroleh gaji lebih baik tahun ini

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Pertumbuhan gaji nominal di Malaysia dijangka meningkat lebih kukuh tahun ini, di tengah-tengah pemulihan makroekonomi lebih tinggi daripada jangkaan dan pelaksanaan gaji minimum kepada RM1,500 bermula Mei lalu.

MIDF Research berkata, ia menjangkakan nisbah penerima gaji kepada pekerjaan akan kekal pada aliran menaik tahun ini, disokong oleh pemulihan kukuh dalam ekonomi domestik dan pasaran buruh.

Katanya, ia mendapati nisbah penerima gaji kepada pekerjaan mencapai rekod tinggi baharu pada 64.5 peratus tahun lalu, di mana nisbah yang lebih tinggi itu akan menyokong dan diterjemahkan kepada permintaan pengguna yang lebih kukuh sekurang-kurangnya untuk separuh kedua 2022 serta tahun depan.

“Pertumbuhan gaji nominal sebanyak 9.1 peratus tahun lalu berbanding penurunan 15.6 peratus pada 2020. Gaji median untuk 2021 meningkat semula kepada RM2,250 sebulan berbanding RM2,062 pada 2020. Bagaimanapun, untuk mengukur pemulihan pasca pandemik, gaji terkini masih 7.9 peratus lebih rendah daripada RM2,442 pada 2019.

“Berdasarkan tinjauan gaji & upah terkini 2021, kami mendapati bahawa nisbah penerima gaji kepada pekerjaan mencecah rekod tinggi baharu pada 64.5 peratus tahun lalu,” katanya dalam satu nota penyelidikan yang ditulis oleh Penganalisis MIDF Research, Zafri Zulkeffeli dan Abdul Mui’zz Morhalim.

MIDF Research menambah, merentasi kumpulan umur pula, hanya empat kumpulan yang telah melepasi paras gaji 2019 dengan gaji median 2021 bagi kumpulan umur 15 hingga 19 tahun ialah RM1,479 (2019: RM1,450), 35 hingga 39 tahun pada RM2,938 (2019: RM2,893), 40 hingga 44 tahun pada RM3,228 (2019: RM2, 996) dan 45 hingga 49 tahun pada RM3,069 (2019: RM2,875). – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini