comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Pelabur asing jual RM1.51 bilion saham tempatan minggu lalu

KUALA LUMPUR: Pelabur asing menjadi penjual bersih ekuiti bernilai RM1.51 bilion di Bursa Malaysia minggu lalu, demikian menurut MIDF Research.

“Menjelang akhir minggu dagangan, terdapat penyederhanaan dalam jumlah jualan bersih, mungkin dipengaruhi oleh keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus seperti yang dijangkakan,” kata firma penyelidikan pasaran itu dalam Laporan Aliran Dana mingguan terbaharu, hari ini.

Dalam pada itu, sektor hartanah mencatatkan aliran masuk terbesar sebanyak RM73 juta, diikuti pengangkutan dan logistik (RM44 juta) dan pembinaan (RM19.7 juta).

Bagi sektor dengan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan dengan RM940.9 juta, diikuti oleh produk dan perkhidmatan industri (RM181.5 juta) dan produk dan perkhidmatan pengguna (RM153.3 juta).

Sementara itu, institusi tempatan meningkatkan pembelian bersih ekuiti Malaysia hingga tiga kali ganda kepada RM1.42 bilion minggu lalu berbanding RM443.5 juta pada minggu sebelumnya.

MIDF Research berkata, peruncit tempatan turut terbabit dalam aktiviti belian bersih untuk minggu kedua berturut-turut, berjumlah RM94.8 juta.

Dari segi pembabitan di pasaran pula, semua kelas pelabur mencatatkan penurunan dalam purata jumlah dagangan harian.

Jumlah peruncit tempatan menurun 23.2 peratus, manakala institusi tempatan dan pelabur asing masing-masing menyaksikan penurunan sebanyak 22.4 peratus dan 41.9 peratus.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini