comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Pelabur asing kembali sebagai penjual bersih di Bursa Malaysia minggu lepas 

FOTO: Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Pelabur asing kembali sebagai penjual bersih minggu lepas di Bursa Malaysia dengan mencatatkan jumlah aliran keluar bersih untuk minggu berkenaan sebanyak RM275.92 juta.

Menurut MIDF Research, sebagai perbandingan, pelabur asing adalah pembeli bersih minggu sebelumnya dengan sejumlah RM292.7 juta.

Ia berkata tiga daripada lima hari dagangan minggu urus niaga itu menyaksikan aliran keluar bersih dengan aliran keluar terbesar adalah pada Khamis dengan merekodkan sebanyak RM265.04 juta.

Ini diikuti dengan jualan bersih pada Selasa dengan sejumlah RM66.99 juta dan RM8.40 juta pada Isnin.

“Institusi tempatan adalah pembeli bersih minggu lepas dengan aliran masuk paling ketara dicatatkan pada hari Khamis berjumlah RM203.87 juta, diikuti Selasa dan Isnin, masing-masing RM77.58 juta dan RM30.84 juta,” katanya dalam nota penyelidikannya hari ini.

Institusi tempatan adalah penjual bersih untuk dua hari sahaja iaitu pada Jumaat (RM38.44 juta) dan Rabu (RM11.51 juta). – BERNAMA

Loading...
Terkini