comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Pelabur Runcit Malaysia Berpotensi Salur US$35 Bilion Bagi Keutamaan ESG 

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Pelabur runcit Malaysia berpotensi menyalurkan sejumlah US$35 bilion (US$1=RM4.71) bagi keutamaan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) utama, terutamanya pembiayaan peralihan iklim menjelang 2030.

Standard Chartered dalam laporan penyelidikannya yang bertajuk “Sustainable Banking Report 2022: Mobilising retail investor capital” mendapati US$8.2 trilion daripada harta runcit boleh dilabur disalurkan kepada pelaburan mampan menjelang 2030 untuk membiayai objektif ESG di 10 pasaran pertumbuhan merentasi Asia, Afrika dan Timur Tengah.

Pasaran-pasaran ini adalah China, Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan, Singapura, Malaysia, India dan Emiriah Arab Bersatu, Nigeria dan Kenya.

Standard Chartered Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, modal ini juga boleh memainkan peranan penting dalam merapatkan jurang pembiayaan dalam keutamaan ESG lain di Malaysia seperti pengurusan pencemaran dan sisa buangan.

Menurut penyelidikan itu, Malaysia berpotensi tinggi untuk capai pertumbuhan dalam pelaburan mampan, sebahagian besarnya disebabkan populasi tinggi dan peningkatan harta domestik.

Pengarah Urusan dan Ketua Perbankan Konsumer, Persendirian dan Perniagaan, Sammeer Sharma berkata, individu mempunyai kuasa untuk menjadi pemangkin bagi perubahan.

Penyelidikan menunjukkan 72 peratus dan 86 peratus daripada pelabur kaya di Malaysia sangat berminat untuk melabur dalam pelaburan mampan, didorong oleh hasrat mereka untuk memulihara alam sekitar dan melindungi nilai terhadap risiko ESG.

“Sinergi antara pelaburan patuh Syariah dan mampan juga menyediakan peluang untuk menyalurkan modal swasta kepada pelaburan mampan,” katanya. – BERNAMA

Loading...
Terkini