comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Pelaksanaan gaji progresif elemen tingkat produktiviti, pendapatan – Penganalisis

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan model gaji progresif oleh kerajaan akan menjadi elemen utama dalam meningkatkan produktiviti dan tahap pendapatan individu.

Penganalisis TA Securities Holdings Bhd, Farid Burhanuddin berkata, inisiatif yang akan dilancarkan sebagai projek perintis pada Jun ini akan meliputi enam sektor utama.

Beliau berkata, ia adalah pembinaan, pembuatan, pemborongan dan perdagangan runcit, pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal, maklumat dan komunikasi serta aktiviti profesional, saintifik dan teknikal.

Syarikat terpilih katanya akan menerima insentif maksimum RM200 sebulan untuk setiap pekerja peringkat permulaan dan maksimum RM300 sebulan bagi setiap pekerja bukan peringkat permulaan.

“Perkembangan yang menggalakkan dalam pasaran buruh ini dicirikan oleh penurunan kadar pengangguran, bilangan individu bekerja yang semakin meningkat dan peningkatan tahap pendapatan.

“Ini adalah peranan penting dalam memperkukuh kestabilan ekonomi Malaysia. Trend sedemikian menyokong keteguhan permintaan dalam negeri, memupuk persekitaran yang positif untuk pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran yang mampan,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Sementara itu, seorang lagi Penganalisis TA Securities, Shazma Juliana Abu Bakar berkata, ekonomi negara dijangka akan kekal dalam unjuran 4.7 peratus tahun ini berbanding denganpertumbuhan 2023 sebanyak 3.6 peratus.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan tanda pertumbuhan ekonomi yang lebih baik pada suku kedua, dengan jangkaan mencapai 5.5 peratus.

Malah katanya, pemulihan aktiviti pelancongan adalah bersedia untuk menyumbang secara positif kepada pertumbuhan ekonomi pada suku akan datang.

Namun potensi cabaran pada separuh kedua 2024 katanya masih ada sebagai usaha rasionalisasi subsidi kerajaan mula dilaksanakan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini