comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Pelaksanaan subsidi bersasar rangsang penggunaan EV, kereta hibrid

Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan subsidi bersasar dijangka merangsang permintaan ke atas kenderaan elektrik (EV), khususnya pilihan yang lebih mampu milik.

Penganalisis TA Securities, Angeline Chin, berkata selain EV, rasionalisasi subsidi yang bakal dijalankan akan membuka jalan kepada peningkatan penggunaan kenderaan hibrid yang lebih tinggi di Malaysia.

Katanya, berdasarkan kajian yang dijalankan Tenaga Nasional Bhd (TNB), kos bahan api/tenaga untuk menggunakan EV adalah 11.4 peratus hingga 51 peratrus lebih rendah berbanding kereta enjin pembakaran dalaman (ICE).

“Bagaimanapun, kerajaan perlu mempercepatkan pemasangan titik pengecasan EV untuk menyokong jualan kenderaan alaf baru,” katanya dalam nota penyelidikan.

Ketika ini, terdapat kira-kira 2,288 stesen pengecas EV di Malaysia, masih jauh untuk mencapai sasaran 10,000 stesen pengecas EV menjelang 2025.

Chin berkata, TA Securities percaya kerajaan akan melaksanakan program rasionalisasi bahan api secara lebih beransur-ansur kerana sebarang langkah drastik akan membebankan rakyat.

“Kami menjangkakan program ini (rasionalisasi subsidi) akan menjejaskan permintaan untuk kereta pasaran pertengahan, terutamanya dalam kalangan kumpulan M40, yang mungkin menangguhkan pembelian kereta baharu.

“Ia juga membawa kepada kemungkian golongan M40 memilih kenderaan enjin yang lebih kecil, yang berpotensi memberi manfaat kepada Perodua dan Proton,” katanya.

Beliau menjelaskan, firma penyelidik itu percaya impak itu boleh dikurangkan dengan pengenalan pengeluaran Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru ini dan jangkaan kenaikan gaji kakitangan awam menjelang akhir tahun.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini