comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Pelan mitigasi perlu dimuatkan dalam portal peta risiko banjir, agar nilai hartanah tidak terjejas teruk

Oleh: Amanda Lopez

SELANGOR: Portal peta risiko banjir yang bakal dilancarkan akhir tahun ini, perlu merangkumi pelan tindakan mitigasi bagi kawasan yang terjejas.

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) berpendapat pelan mitigasi penting bagi memastikan pemilik rumah dan pembangunan projek di kawasan risiko banjir, tidak berdepan penurunan nilai yang ketara.

“Portal ini bukan sahaja akan memberi kesan kepada pemaju tetapi ia juga akan memberi kesan kepada jualan sekunder. Ramai yang membeli hartanah bernilai contoh RM700,000 hingga RM800,000, tetapi selepas lokasi itu termasuk dalam risiko banjir dalam portal itu, hartanah itu akan susut kepada RM500,000 hingga RM600,000.” kata Timbalan Presiden REHDA, Datuk Zaini Yusoff dalam satu sidang akhbar REHDA pagi tadi.

Untuk rekod, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memaklumkan satu portal memaparkan peta kejadian banjir akan dilancarkan dan diakses kepada orang awam mulai akhir tahun 2024 ini..

Ia bagi mengetahui risiko banjir di lokasi dan tapak pembangunan.

Portal juga dapat memastikan isu membabitkan projek perumahan di lokasi berisko banjir, dapat dibendung di masa hadapan.

Ini kerana masih terdapat penduduk berdepan kesukaran selepas kediaman mereka dinaiki air setiap kali hujan lebat.

Dalam pada itu, Presiden REHDA, Datuk Ir Ho Hon Sang, berkata pemaju hartanah lebih optimis memgenai prospek sektor hartanah bagi separuh pertama tahun depan berbanding separuh kedua tahun ini.

“Pemaju masih berhati-hati dengan operasi perniagaan mereka, walaupun keadaan industri bertambah baik dari segi pelancaran dan jualan. Mereka ingin tahu apakah insentif atau dorongan daripada Belanjawan 2025 akan datang (yang akan dibentangkan pada 18 Okt) akan memacu pasaran hartanah,” katanya.

Jualan hartanah separuh pertama tahun ini, kebanyakkannya daripada unit tidak terjual serta peningkatan kos bahan binaan.

Bahan binaan seperti pasir, kaca dan konkrit pula mengalami kenaikan harga sebanyak 13 hingga 15 peratus sehingga 31 Jun 2024.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini