comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Pemegang saham beri kelulusan Stella ambil alih PTM, RM380 juta

Pengarah Urusan Stella, Datuk Benson Lau.

KUALA LUMPUR: Pemegang saham Stella Holdings Bhd (Stella) meluluskan resolusi untuk mengambil alih Pembinaan Teguh Maju (PTM) secara sebulat suara di Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang diadakan hari ini.

Stella yang berpengalaman dalam bidang pembinaan, pelaburan hartanah, dan pembangunan harta akan menjadikan PTM sebagai anak syarikat sepenuhnya.

Pengarah Urusan Stella, Datuk Benson Lau, berkata pengambilalihan PTM membawa perjanjian yang besar dan implikasi yang luas untuk Stella yang bernilai RM380 juta di mana ia penting terutamanya pesanan luar PTM yang bernilai RM1.16 bilion dalam bidang seperti jalan kerja raya, pembinaan bangunan, projek mekanikal dan elektrik.

“Keputusan sebulat suara kami untuk menguasai PTM menandakan detik penting bagi Stella. Penambahan baharu ini membawa pesanan luar yang bernilai RM1.16 bilion ke dalam portfolio kami, sekali gus mengukuhkan prospek pertumbuhan kami.

“Kelebihan PTM dalam kejuruteraan awam, jalan kerja raya, dan pelbagai projek infrastruktur mewakili penyesuaian strategik yang sempurna dengan operasi kami yang sedia ada.”Kami juga digalakkan oleh sokongan tegas para pemegang saham untuk inisiatif pelaburan swasta dan penjenamaan semula,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, keyakinan mereka yang tidak berbelah bahagi membolehkan kami untuk menyasarkan lebih tinggi dan melaksanakan pelan hala tuju strategik.Beliau menambah, PTM telah mengemukakan tawaran dan sedang dalam perbincangan untuk kontrak yang berjumlah kira-kira RM1.78 bilion, bagi memperkuatkan lagi potensi keuntungan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

PTM juga memberikan jaminan keuntungan sebanyak RM120 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2024, 2025, dan 2026 kepada syarikat.

EGM juga menyokong pelaburan swasta yang ketara sehingga 50.0 juta saham, kira-kira 74.63 peratus daripada jumlah semasa saham Stella yang dikeluarkan atau 11.99 peratus selepas pengambilalihan.Inisiatif ini bertujuan untuk mengumpul RM40.0 juta bagi keperluan seperti bahan pembinaan, kos tenaga kerja, dan subkontraktor.

Sebagai tambahan kepada pengambilalihan ini, Stella akan menjalani perubahan jenama kepada Varia Bhd yang menggabungkan visi dan matlamat yang lebih luas.Pada 2 November 2023, harga saham Stella Holdings Berhad ialah RM1.07 dengan modal pasaran RM71.7 juta.

Loading...
Terkini