comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Pengasas bersama Grab lepaskan jawatan

SINGAPURA: Grab Holdings Ltd yang berpangkalan di Singapura hari ini mengumumkan bahawa pengasas bersamanya, Tan Hooi Ling akan berundur daripada peranan operasinya di syarikat seru pandu itu menjelang akhir tahun ini.

Pelan penggantiannya sudah disediakan buat masa ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Grab, Anthony Tan dalam satu memo dalaman kepada pekerja, sambil menambah bahawa Hooi Ling juga akan melepaskan jawatan pengarahnya.

Tan dan Hooi Ling membangunkan firma pengangkutan dan penghantaran makanan terbesar di Asia Tenggara menerusi idea yang dibina daripada pertandingan usaha niaga Harvard Business School pada 2011.

Dalam memo itu, Tan berkata Hooi Ling tidak akan diganti serta-merta dan jawatankuasa penamaan akan mempertimbangkan calon untuk menambah ahli lembaga pengarah tahun ini.

Beliau kini mengetuai bahagian teknologi Grab dan berkhidmat sebagai ahli lembaga sejak penyenaraian awamnya pada Disember 2021.-Reuters

Loading...
Terkini