comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Pengeluaran getah asli Malaysia susut 5.9% pada September

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Pengeluaran getah asli Malaysia susut 5.9 peratus kepada 35,460 tan pada September 2022 daripada 37,666 tan yang dicatatkan bagi Ogos 2022, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ia menjelaskan perbandingan tahun ke tahun turut menunjukkan penurunan 13.9 peratus.

“Pengeluaran getah asli Malaysia pada September 2022 disumbangkan terutama oleh sektor pekebun kecil sebanyak 87.9 peratus berbanding sektor estet pada 12.1 peratus,” menurut DOSM dalam kenyataan pada Khamis.

Selain itu jumlah stok getah asli pada September 2022 berkurangan 5.7 peratus kepada 198,659 tan daripada 210,768 tan pada Ogos 2022.

DOSM menambah, kilang pemproses getah menyumbang stok akhir sebanyak 90.7 peratus diikuti kilang pengguna getah (9.2 peratus) dan estet getah (0.1 peratus).

Jabatan itu memaklumkan eksport getah asli Malaysia berjumlah 54,542 tan pada September 2022, susut 9.4 peratus daripada 60,170 tan yang dicatatkan pada Ogos 2022.

“China terus kekal sebagai destinasi utama untuk eksport getah asli iaitu berjumlah 46.5 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada September 2022 diikuti Jerman (6.1 peratus), Brazil (4.0 peratus), Iran (3.8 peratus) dan Amerika Syarikat (3.1 peratus),” jelasnya. — BERNAMA

Loading...
Terkini