comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Pengeluaran getah asli turun 3.6 peratus pada Januari

Pengeluaran getah asli menurun 3.6 peratus pada Januari kepada 29,451 tan berbanding 30,556 tan pada Disember 2022

PUTRAJAYA: Pengeluaran getah asli menurun 3.6 peratus pada Januari kepada 29,451 tan berbanding 30,556 tan pada Disember 2022.

Jabatan Perangkaan Malaysia dalam kenyataan berkaa, perbandingan tahun ke tahun menunjukkan penurunan 39.3 peratus (Januari 2022: 48,546 tan).

Pengeluaran getah asli Malaysia pada Januari 2023 disumbangkan terutamanya oleh sektor pekebun kecil (84.2 peratus) berbanding sektor estet (15.8 peratus).

Jumlah stok getah asli pada Januari 2023 menurun 3.4 peratus kepada 194,553 tan berbanding 201,360 tan pada Disember 2022.

Kilang pemproses getah menyumbang stok akhir sebanyak 90.7 peratus diikuti kilang pengguna getah (9.2 peratus) dan estet getah (0.1 peratus).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata eksport getah asli Malaysia berjumlah 40,867 tan pada Januari 2023 menurun 16.3 peratus berbanding Disember 2022 (48,797 tan).

“China terus kekal sebagai destinasi utama untuk eksport getah asli iaitu berjumlah 41.2 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada Januari 2023 diikuti Turkiye (5.4 peratus), Jerman (5.1 peratus), Amerika Syarikat (3.6 peratus) dan Brazil (2.7 peratus).

“Prestasi eksport disumbangkan oleh produk berasaskan getah asli seperti sarung tangan getah, tayar, tiub, benang getah dan kondom.”Produk sarung tangan getah adalah eksport utama dengan nilai sebanyak RM0.9 bilion pada Januari 2023, menurun 14.0 peratus berbanding Disember 2022(RM1.09 bilion),” katanya.

Analisis perbandingan harga purata bulanan menunjukkan Lateks Pekat merekodkan peningkatan iaitu 6.8 peratus (Januari 2023: 502.05 sen sekilogram; Disember 2022: 470.21 sen sekilogram) manakala Sekerap meningkat 0.6 peratus (Januari 2023: 463.84 sen sekilogram; Disember 2022: 461.20 sen sekilogram).

Harga bagi semua jenis Getah Mutu Malaysia (G.M.M) pula meningkat antara 1.7 peratus hingga 6.7 peratus.

World Bank Commodity Price Data melaporkan harga bagi getah jenis TSR 20 (Technically Specified Rubber) dan SGP/MYS (Singapura/Malaysia) masing-masing meningkat 4.9 peratus (daripada AS$1.35/kg kepada AS$1.41/kg) dan meningkat 6.2 peratus (daripada AS$1.54/kg kepada AS$1.63/kg).

Berdasarkan laporan Malaysia Rubber Board Digest Januari 2023, aliran pasaran meningkat disokong oleh prestasi pasaran di China dan Amerika Syarikat yang lebih baikdaripada jangkaan.

Loading...
Terkini