comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Penghuni PPR terus dibelenggu kemiskinan, pemakanan kanak-kanak terjejas 

Oleh: Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Kadar kemiskinan dalam kalangan isi rumah 17 PPR di Lembah Kelang masih tinggi, melebih 40% meskipun keadaan pekerjaan dan pendapatan bertambah baik di Kuala Lumpur.

Kadar kemiskinan di ibunegara adalah kira-kira 1.5 peratus namun di rumah pangsa kos rendah jauh lebih tinggi pada 41%, meskipun ia telah berkurangan berbanding 45% semasa pandemik.

Kajian UNICEF mendapati, kenaikan harga makanan menyulitkan lagi isi rumah memenuhi keperluan asas dan kanak-kanak turut menerima tempias apabila ada yang tidak mampu makan tiga kali sehari.

Pengasas DM Analytics yang juga pakar ekonomi, Dr Muhammed Abdul Khalid berkata separuh daripada kanak-kanak yang dikaji makan kurang daripada tiga kali sehari.

“Samada dia tak makan sarapan, dia tak makan tengah hari, atau dia tak makan malam.Ini tidak bagus memberi kesan.Tak bagi cukup makan. Apa yang bagi makan? Yang bagi makan, nampaknya banyak yang tidak sihat. Contohnya makanan segera mcm Maggi Mi meningkat ke 46%. Ini tidak baik. Kenapa ini berlaku? Tekanan kos sara hidup.” katanya selepas pembentangan tinjauan bagi UNICEF bertajuk ‘Ranjau Sepanjang Jalan: Tinjauan berulang tentang impak kos sara hidup pasca pandemik terhadap isi rumah berpendapatan rendah di Kuala Lumpur’, yang dijalankan dari 14 Oktober 2023 hingga 16 November 2023.

Kajian turut menyarankan agar kerajaan perkenal elaun penjagaan bulanan untuk semua kanak-kanak dari pra-lahir hingga dua tahun yang disalurkan terus kepada ibu.

Inisiatif bantuan tunai dan kawalan harga barangan makanan asas juga dilihat sebagai mekanisme sokongan berkesan bagi meringankan beban kewangan mereka.

Kata beliau, sistem penyampaian bantuan juga wajar diperbaiki agar sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

“Bantuan yang diberikan ramai yang mendapat bantuan. Itu bagus.Ramai dapat bantuan samada bantuan Sumbangan Tunai Rahmah, zakat, atau Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tapi mereka yang berpendapatan kurang dairpada RM2000 , ramai tidak mendapat bantuan tunai rahmah, sepatutnya semua dapat. Lebih kurang satu pertiga tidak mendapat bantuan tunai rahmah.Ini tidak betul. Sepatutnya, 100% dapat. Pada masa yang sama, orang yang tak sepatutnya dapat pun dapat lebih 45% dapat bantuan tunai rahmah.” ujarnya.

Dalam pada itu, gaji dan upah yang lebih tinggi turut dilihat sebagai langkah terbaik untuk mengurangkan beban kos sara hidup golongan ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini