comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Pengiktirafan “Pilihan Lebih Sihat”, penuhi keperluan khasiat rakyat

PETALING JAYA: Antara inisiatif daripada Kementerian Kesihatan untuk menggalakkan rakyat Malaysia membuat pilihan makanan yang lebih sihat adalah menerusi pengenalan Logo Pilihan Lebih Sihat (HCL). Minuman malt coklat MILO antara yang telah menerima pengiktirafan Logo Pilihan Lebih Sihat ini.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen untuk memenuhi keperluan pemakanan rakyat Malaysia menerusi inovasi dan penambahbaikan produk untuk terus membawakan produk berkhasiat kepada orang ramai.

Pegawai Eksekutif Perniagaannya Ng Su Yen berkata sebagai jenama yang telah berkembang maju bersama rakyat Malaysia selama lebih 70 tahun dan dikilang sepenuhnya di Malaysia, syarikat memahami betapa pentingnya kesihatan dan pemakanan yang baik, terutamanya dalam kesibukan hari ini.

“Kami bertekad untuk membekalkan tenaga kepada rakyat Malaysia dari segenap lapisan hidup dengan menawarkan pilihan yang bermutu tinggi, mampu milik dan lebih sihat. Pengiktirafan logo Pilihan Lebih Sihat sesungguhnya membuktikan usaha berterusan kami untuk memenuhi piawaian pemakanan yang sentiasa berubah demi menggalakkan gaya hidup lebih sihat, sambil mengekalkan rasa yang menambat hati dan selera rakyat Malaysia semasa mereka membesar” katanya dalam satu kenyataan.

Dengan memenuhi kriteria nutrien yang ketat seperti kandungan gula, garam dan lemak yang dikurangkan, dan juga kandungan serat yang lebih tinggi, produk ini juga mengukuhkan kedudukannya sebagai minuman bertenaga dan berkhasiat yang memperkasakan rakyat untuk mengamalkan gaya hidup cergas dan sihat.

Sambil rakyat Malaysia terus mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan, kejayaan mencapai Pilihan Lebih Sihat sejajar dengan usaha negara menggalakkan gaya hidup sihat. Pengiktirafan ini bakal menetapkan penanda aras dan mendorong industri makanan untuk mengambil langkah yang sama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini