comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Peningkatan Pelaburan Langsung Domestik Pacu Pertumbuhan Ekonomi

Oleh Juliana Ismail

Datuk Arham Abdul Rahman (Ketua Pegawai Eksekutif MIDA) dan Tan Sri Sulaiman Mahbob (Pengerusi MIDA).

KUALA LUMPUR: Pelaburan langsung domestik (DDI) memainkan peranan penting dalam ekonomi tempatan terutama dalam keadaan ketidaktentuan global selain berfungsi menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara.

Peningkatan DDI juga penting bagi memacu pertumbuhan mampan Malaysia berikutan sumbangannya yang besar kepada ekonomi negara.

“FDI dan DDI saling melengkapi kerana keadaan pasaran yang sama, iklim perniagaan yang berdaya saing, saksama, stabil dan dikawal selia.Malah kedua-dua segmen berhak mendapat perhatian yang sama rata,”kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Arham Abdul Rahman.

“FDI hanyalah sebahagian daripada persamaan dalam ekonomi, industri domestik dan ekosistem kukuh juga penting.Pengukuhan permintaan domestik menghasilkan lebih banyak DDI dan DDI yang sihat penting untuk FDI yang berjaya”

Datuk Arham berkata sedemikian ketika sesi perbincangan “Shifting the Paradigm: Enhancing DDI for Sustainable Economic Growth” bersama pihak media anjuran MIDA.

Pada 2012-2021, DDI menyumbang 64.2% atau RM1.364 trilion daripada jumlah pelaburan yang diluluskan, manakala 35.8% atau RM761.7 bilion disumbangkan oleh FDI.

Sejumlah 84.2% atau RM1.014 trilion daripada jumlah pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkhidmatan disumbangkan oleh DDI, sementara FDI berjumlah RM190.4 bilion.

Sebanyak 35.5 peratus atau RM290.8 bilion pelaburan yang diluluskan bagi sektor pembuatan  disumbangkan oleh DDI manakala FDI menyumbang sebahagian besar kepada sektor berkenaan iaitu sebanyak RM527.6 bilion.

Loading...
Terkini