comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Penyelesaian IT sokong PKS tempatan, pacu tranformasi digital

PETALING JAYA: Dua penyelesaian dan penawaran perkhidmatan baharu dibawah Fujifilim Business Innovation dilancarkan untuk membantu perjalanan transformasi digital (DX) perniagaan Malaysia dengan tumpuan khusus untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Ia menerusi ruang kerja berasaskan struktur awan iaitu semua dalam satu, serta Perkhidmatan Pakar IT yang menawarkan untuk membantu pelanggan mengurus sokongan IT mereka.

John Wong, Pengurus Besar-nya berkata, “Memiliki aliran kerja digital yang cekap adalah penting untuk berkembang maju dalam landskap perniagaan yang berubah dengan pantas hari ini.

Dengan pelancaran ini, kami mengesahkan komitmen syarikat untuk memperkasakan PKS Malaysia dalam menerima DX. Kami berharap dapat membantu perniagaan dalam mengubah gaya kerja mereka dan mengoptimumkan operasi melalui perkhidmatan kami ” katanya dalam satu kenyataan.

Sebagai ruang kerja bersepadu, penyedia perkhidmatan IT itu juga dapat memudahkan kerjasama dengan menyambung kepada pelbagai sistem sedia ada, membolehkan perkongsian data mudah dengan pihak berkepentingan dalaman dan luaran.

Melalui Perkhidmatan Pakar IT, PKS juga akan mempunyai akses kepada pasukan IT mahir yang bukan sahaja memantau sistem IT tetapi juga mengenal pasti dan menangani isu berkaitan dengan tepat pada masanya melalui Meja Sokongan dengan pemantauan dan pengurusan jarak jauh.

Daripada penyelenggaraan harian kepada kerosakan utama dan juga sokongan di tapak, pasukan Perkhidmatan Pakar IT melengkapkan pasukan IT dalaman dengan lancar untuk meningkatkan kecekapan, mengurangkan perbelanjaan dan keselamatan yang dipertingkatkan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini