comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Perdagangan dan pelaburan Malaysia-UK bakal diperkukuh menerusi pembaharuan JETCO

Pesuruhjaya Perdagangan bagi Asia Pasifik, Natalie Black CBE (kiri) bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Antarabangsa) MITI, Hairil Yahri Yaacob pada mesyuarat Jawatankuasa Bersama di London, United Kingdom.

Oleh Afrina Romzi

PETALING JAYA: Malaysia dan United Kingdom (UK) berhasrat untuk menaik taraf Jawatankuasa Bersama kepada Jawatankuasa Perdagangan Ekonomi Bersama (JETCO) yang diketuai pada peringkat kementerian.

Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), JETCO baharu itu bakal mempromosi dan meningkatkan perdagangan, pelaburan dan hubungan kerjasama ekonomi.

Ini termasuk menangani halangan perdagangan yang telah menjejaskan perniagaan antara kedua-dua negara.

“Mesyuarat pertama JETCO Malaysia-UK dijangka diadakan tahun depan,” kata MITI berkata dalam satu kenyataan.

Malaysia dan UK telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Bersama berkaitan perdagangan dan kerjasama pelaburan kali ke-dua di London pada Khamis.

Pesuruhjaya Perdagangan bagi Asia Pasifik, Natalie Black CBE, mempengerusikan mesyuarat itu bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Antarabangsa) MITI, Hairil Yahri Yaacob.

Loading...
Terkini