comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Persaingan rebut pelanggan 5G semakin sengit

Kempen promosi pelan rangkaian yang berteraskan dasar dilanjutkan bagi merangsang penggunaan 5G pada 2024. FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Persaingan untuk mendapatkan pelanggan 5G semakin sengit dengan usaha agresif oleh pengendali rangkaian mudah alih (MNO) untuk memperkenalkan produk jalur lebar gentian.

Penganalisis RHB Investment Bank, Jeffrey Tan, berkata Maxis menawarkan dua hingga 10 kali lebih banyak data dalam pelan pascabayar 5G baharu pada pertengahan Disember.

Beliau berkata, CelcomDigi juga menyambut ulang tahun penggabungannya yang pertama dengan memperkenalkan pelan pascabayar 5G tergabung baharu.

Katanya, CelcomDigi sedang menawarkan perkongsian sambungan internet (hotspot) tanpa had

dan jalur lebar gentian sebanyak 300 megabait sesaat (Mbps) bagi pelan berkasnya yang paling mahal, pada harga RM260 sebulan berbanding RM200 sebulan buat pelanggan sedia ada.

“Kami juga tidak menolak kemungkinan untuk kempen promosi pelan rangkaian yang berteraskan dasar dilanjutkan bagi merangsang penggunaan 5G pada 2024,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Dalam perkembangan berkaitan, Tan berkata kegusaran mengenai harga akses sudah mereda, dengan ketidaktentuan utama dalam sektor ini ialah perbincangan berlarutan mengenai harga akses jalur lebar

berikutan pelaksanaan rangka kerja penetapan harga akses mandatori baharu pada Mac 2023.

Katanya, setelah MNO memeterai perjanjian borong baharu, harga jalur lebar gentian runcit baharu diperkenalkan dan pelanggan sedia ada memuji peningkatan kelajuan rangkaian.

“Malah, risiko penyusutan purata pendapatan setiap pengguna (ARPU) dalam pasaran ini juga berkurangan. Potensi kenaikan dilihat pada pertambahan langganan jalur lebar gentian industri dan ARPU yang timbul daripada penggunaan kemudahan itu yang lebih meluas, dengan harga lebih rendah iaitu RM89 hingga 99 sebulan untuk pelan 100Mbps yang terendah,” katanya.

Loading...
Terkini