comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Petronas Chemicals Group catat untung bersih RM668 juta

Petronas Chemicals Group Bhd (PCG).

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2024 meningkat 25.5 peratus kepada RM668 juta daripada RM532 juta pada suku pertama 2023.

Hasil bagi suku itu susut 0.8 peratus kepada RM7.50 bilion daripada RM7.56 bilion sebelumnya, sebahagiannya diimbangi oleh kelemahan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Mazuin Ismail, berkata kumpulan gembira mencatatkan pertumbuhan dari suku lalu, setelah menstabilkan kadar penggunaan loji dan jumlah pengeluarannya.

“Kepelbagaian portfolio produk telah memihak kepada kami kerana pemulihan dalam segmen olefin dan derivatif (O&D) membantu mengatasi penurunan harga purata produk dalam segmen baja dan metanol (F&M).

“Segmen pengkhususan kami telah meningkat dengan ketara berikutan volum jualan dan margin produk yang lebih tinggi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menekankan kepentingan mengoptimumkan kapasiti pengeluaran merentas semua segmen, dengan lima kilang dalam kedua-dua segmen O&D dan F&M dijadualkan untuk menjalankan pemulihan statutori tahun ini.

“Lima daripada kilang kami dalam kedua-dua segmen O&D dan F&M dijadualkan menjalani pemulihan statutori tahun ini.

“Pada suku pertama 2024, kami telah menyelesaikan proses pemulihan dalam Petronas Chemicals Fertilizer Kedah Sdn Bhd serta aktiviti penyelenggaraan di beberapa loji lain,” kata Mazuin.

Mengenai prospek pasaran, beliau berkata kumpulan menjangkakan pergerakan harga produk bercampur-campur menjelang suku kedua 2024, dengan beberapa produk O&D seperti etilena dan aromatik menunjukkan peningkatan disebabkan bekalan yang terhad, manakala yang lain secara relatifnya tidak berubah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini