comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

PETRONAS meterai MOC pengangkutan CO2 rentas sempadan dengan Meti Jepun, Jogmec

Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Petronas menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) baru-baru ini untuk memperkukuh kerjasama pengangkutan karbon dioksida (CO2) rentas sempadan daripada perniagaan kepada perniagaan untuk projek penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS).

MoC itu dimeterai dengan Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun (METI) serta Pertubuhan Keselamatan Logam dan Tenaga Jepun (JOGMEC).

CCS adalah antara penyelesaian untuk mengurangkan pelepasan CO2 ke atmosfera dengan ketara.

Bagaimanapun, memandangkan tapak penyimpanan yang sesuai tidak tersedia di semua wilayah, pengangkutan CO2 rentas sempadan diperlukan untuk membolehkan kerjasama serantau mencapai kesan yang dapat dicapai dan lebih besar.

MOC yang ditandatangani antara pihak itu akan memperkukuh kerjasama dalam projek CCS rentas sempadan antara Jepun dan Malaysia, mengambil kira kepentingan bersama dalam membina rantaian nilai CCS, menurut Petronas dalam kenyataan pada Jumaat.

Ketua Pengurusan Karbon Petronas, Emry Hisham Yusoff berkata melalui kerjasama itu, rakan kongsi akan dapat mewujudkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai aspek penting yang berkaitan dengan daya maju rantaian nilai CCS sebagai satu penyelesaian untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dalam landskap perniagaan masing-masing. – BERNAMA

Loading...
Terkini