comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Pinjaman pembelian rumah, kenderaan terus meningkat

Terdapat permintaan yang lebih tinggi untuk pemberian pinjaman. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Jumlah pinjaman sistem perbankan di Malaysia terus meningkat pada November dipacu oleh pembelian hartanah kediaman serta kenderaan.

RHB Research dalam satu nota penyelidikan berkata, pinjaman hartanah pada November melonjak sebanyak tujuh peratus berbanding bulan sama setahun lalu dan satu peratus berbanding bulan terdahulu, manakala pinjaman kenderaan berkembang 10 peratus tahun ke tahun dan satu peratus bulan ke bulan.

Beliau berkata, sektor yang merekodkan pertambahan pinjaman terbesar pula adalah kewangan (lapan peratus tahun ke tahun, dua peratus bulan ke bulan) dan runcit (enam peratus tahun ke tahun, satu peratus bulan ke bulan).

“Pinjaman sistem perbankan naik 4.9 peratus tahun ke tahun dan 0.8 peratus bulan ke bulan, angka paling tinggi sejak Mac 2023 disebabkan oleh pinjaman isi rumah yang stabil dan pinjaman perniagaan selepas merekodkan kenaikan yang lebih perlahan pada Oktober.

“Kami kekalkan ramalan pertumbuhan pinjaman sistem sebanyak 4 hingga 4.5 peratus pada 2023, diikuti dengan ramalan yang lebih tinggi sedikit iaitu 4.5 hingga 5 peratus pada 2024.

“Ia adalah hasil daripada segmen perniagaan ekoran kegiatan ekonomi yang lebih kukuh,” katanya bank pelaburan itu dalam nota yang disediakan oleh penganalisis, Wan Muhammad Ammar Affan, David Chong dan Nabil Thoo, hari ini.

RHB Research menambah, dalam masa yang sama terdapat permintaan yang lebih tinggi untuk pemberian pinjaman.

Katanya, mengikut purata bergerak tiga bulan (3MMA), permohonan pinjaman sistem meningkat 16 peratus tahun ke tahun, manakala kelulusan pinjaman menaik enam peratus tahun ke tahun.

Pemberian pinjaman pula, katanya naik tujuh peratus berbanding setahun sebelumnya.

Beliau berkata, kenaikan jumlah permohonan pinjaman dipacu oleh segmen perniagaan, yang mencatatkan peningkatan sebanyak 22 peratus dalam tempoh setahun.

Loading...
Terkini