comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Platform Tunggal Insurans & Takaful Permudahkan Urusan Waris Dijangka Sedia Tahun Depan

Oleh Amanda Lopez

KUALA LUMPUR: Pemain industri insurans dan takaful tempatan kini bekerjasama untuk membina satu platform bagi waris mengenal pasti jumlah produk insurans atau takaful yang diambil si mati.

Ketua Pegawai Eksekutif, Persatuan Takaful Malaysia Mohd Radzuan Mohamed berkata platform yang dijangka disediakan awal tahun depan ini, juga akan permudahkan proses tuntutan waris kerana pada mada sama syarikat insurans dan takaful akan dimaklumkan.

“Platform ini adalah sesuatu yang MTA sedang bekerjasama dengan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) malah rakan teknologi sudahpun mengusahakannya.” katanya.

Namun, kata beliau sudah tentu antara isu utama yang perlu diatasi adalah Akta Perlindungan Data peribadi (PDPA) kerana platform ini membabitkan data dan kedua ada kolaborasi dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Kami bekerjasama rapat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengenalpasti karakter unik pada sijil kematian agar sesiapa yang ingin membuat sebarang pertanyaan dalam talian, sistem ini pintar untuk mengimbas sijil itu dengan mengenalpasti aspek keunikan sijil kematian itu untuk mengesahkan ketulenan sesiapa yang membuat pertanyaan ini.”ulasnya.

Selain isu pengesahan sijil kematian, isu keselamatan dan perlindungan data peribadi antara cabaran yang perlu diatasi untuk memastikan platform ini disalahgunakan secara tidak bertanggungjawab oleh ejen insurans atau takaful.

Beliau berkata demikian selepas majlis pemeteraian perjanjian persefahaman (MOU) antara MTA dan syarikat bakal tersenarai di Papan Ace, Infomina Berhad.

Kerjsama itu memberi ruang kepada MTA meneroka penggunaan teknologi baru untuk meningkatkan komunikasi persatuan kepada dan di antara 18 syarikat ahlinya, dan kemudian dengan pihak berkepentingan industri lain, termasuk ejen, pengguna dan orang ramai.

MTA telah membina pelan hala tuju untuk melaksanakan pelan tindakan sektor kewangan bagi industri takaful serta pengantaraan berasaskan nilai untuk takaful (VBIT).

Loading...
Terkini