comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

PM lancarkan TRX sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa, umum pelbagai insentif 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Hab Kewangan Antarabangsa Malaysia Tun Razak Exchange hari ini. – FOTO: NSTP

Oleh: Afrina Romzi

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan Tun Razak Exchange (TRX) sebagai Pusat Kewangan Antarabangsa Malaysia (IFC) serta mengumumkan insentif untuk syarikat yang menempatkan semula pangkalan mereka di sini.

“Ini merangkumi elaun bangunan industri, pengecualian cukai 70 peratus daripada pendapatan berkanun bagi tempoh lima tahun untuk pemaju hartanah, pengecualian duti setem ke atas pinjaman dan perkhidmatan untuk syarikat berstatus TRX,” kata beliau dalam ucapan majlis itu hari ini.

Daerah TRX telah dibangunakan oleh pemaju induk, TRX City Sdn Bhd (TRXC) yang merupakan sebuah anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang diperbadankan.

TRX menjadi bukti kejayaan dalam merealisasikan visi Malaysia untuk membina sebuah daerah kewangan antarabangsa bertaraf dunia sepanjang 10 tahun pembangunannya, sejajar dengan aspirasi negara untuk bersaing di pentas global.

Ketua Pegawai Eksekutif TRXC Datuk Azmar Talib berkata TRX sebagai sebuah hab perniagaan, telah menempatkan syarikat yang pelbagai serta populasi lebih 30,000 pekerja termasuk 20,000 pekerja berkemahiran.

Antara pelabur utama TRX adalah Kumpulan Lendlease dari Australia, Kumpulan Mulia dari Indonesia, HSBC Malaysia, Affin Bank, CORE Precious Development Sdn Bhd, Veolia, Kumpulan IJM dan Prudential Malaysia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini