comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

PM umum pelaburan RM3 bilion KWAP melalui Dana Pemacu

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama pada Forum Global Ekonomi dan Kewangan Islam di Kuala Lumpur, hari ini -FOTO NSTP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) akan melabur RM3 bilion melalui Dana Pemacu.

Anwar berkata, ia akan dilakukan dalam pelaburan patuh Syariah untuk menyokong pertumbuhan tinggi syarikat tempatan Malaysia dan juga memangkin ekosistem pelaburan teroka.

Katanya, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pula akan menubuhkan ‘Social Exchange’ pertama di Malaysia, pendekatan berstruktur untuk penyertaan modal swasta dalam projek dengan hasil sosial yang positif.

“Ini akan memberi manfaat kepada entiti seperti badan bukan kerajaan (NGO), perusahaan sosial dan Majlis Agama Islam Negeri.

“Ketiga, saya juga berbesar hati memperkenalkan dimensi baharu kepada terbitan sukuk kita di bawah kerajaan Malaysia melalui struktur wakalah ‘bil-khadamat’.

“Kita merancang untuk memuktamadkan sukuk ini menjelang 2025, sambil berusaha untuk menyelesaikan semua pengaturan dan penyediaan yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Global Ekonomi dan Kewangan Islam dengan tema Ekonomi Islam Global: Agenda Reformasi Untuk Kesejahteraan Bersama di sini, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini