comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Prestasi eksport kebanyakan negeri meningkat bulan lalu

Pelabuhan Klang kekal sebagai pelabuhan utama di Malaysia khusus bagi tujuan import dan eksport negara. – Foto hiasan

PUTRAJAYA: Eksport Malaysia meningkat sebanyak RM9.5 bilion atau 9.1 peratus pada April 2024 kepada RM114.7 bilion, dipengaruhi oleh prestasi yang lebih tinggi di kebanyakan negeri iaitu Selangor (RM3 bilion), Sarawak (RM2.1 bilion), Pulau Pinang (RM1.4 bilion), Kuala Lumpur (RM1 bilion), Perak (RM894.4 juta), Terengganu (RM826.4 juta), Sabah (RM669.2 juta), Johor (RM534 juta), Kelantan (RM164.9 juta) dan Labuan (RM7.2 juta).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata nilai eksport walau bagaimanapun, menurun di Kedah sebanyak RM669.7 juta, Pahang (-RM377 juta), Negeri Sembilan (-RM125.6 juta), Perlis (-RM26.7 juta) dan Melaka (-RM25.6 juta).

“Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 30.1 peratus, diikuti oleh Johor (20.4 peratus), Selangor (18.5 peratus), Sarawak (8.2 peratus) dan Kuala Lumpur (4.7 peratus),” katanya dalam satu kenyataan diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), hari ini.

Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM221.7 bilion pada April 2024 dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM114.7 bilion dan RM107 bilion.

Beralih kepada prestasi import mengikut negeri, Mohd Uzir menyatakan bahawa import pada bulan lalu meningkat RM14.5 bilion atau 15.6 peratus berbanding bulan yang sama pada 2023.

Beliau berkata, peningkatan import disebabkan oleh angka yang lebih tinggi di kebanyakan negeri iaitu Selangor (RM4 bilion), Pulau Pinang (RM3.6 bilion), Johor (RM1.6 bilion), Melaka (RM1.3 bilion), Kedah (RM1.2 bilion), Negeri Sembilan (RM770.8 juta), Pahang (RM532.9 juta), Kuala Lumpur (RM520.9 juta), Sarawak (RM479.4 juta), Perak (RM228.3 juta), Terengganu (RM125.8 juta), Sabah (RM121.1 juta) dan Perlis (RM9.6 juta).

Walau bagaimanapun, katanya nilai import jatuh di Labuan sebanyak RM41.1 juta dan Kelantan pula susut sebanyak RM19.3 juta.

Selangor mendominasi import Malaysia dengan sumbangan 27.2 peratus, diikuti oleh Johor (21.6 peratus), Pulau Pinang (21 peratus), Kuala Lumpur (7.5 peratus) dan Kedah (5.9 peratus).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini