comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Produk sampingan sawit dijangka mampu jana sehingga RM200 bilion setahun – Felda

Datuk Seri Shabery Cheek di KEB hari ini.

Oleh: Afrina Romzi

PUTRAJAYA: Malaysia dijangka mampu menjana antara RM100 bilion hingga RM200 bilion setahun daripada penghasilan produk sampingan kitaran industri sawit.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Datuk Seri Shabery Cheek berkata, pembangunan bidang baharu ini memerlukan kerjasama kerajaan dalam membentuk Polisi Ekonomi Kitaran yang mampan, sekaligus membawa perubahan ekonomi peneroka dan pekebun kecil.

Rantaian nilai sawit ketika ini melibatkan sekitar 20 peratus minyak minyak sawit mentah, manakala 80 peratus sisa atau buah tandan kosong yang boleh menghasilkan pelbagai produk sampingan.

“Nilai (produk yang boleh dihasilkan) Black Soldier Fly di pasaran antarabangsa begitu tinggi sekali. Manakala nilai bahan api penerbangan mampan sekarang ini ialah dua kali ganda daripada harga bahan api biasa,” kata beliau apabila ditemui media pada Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 hari ini.

Beliau menrarankan agar kerajaan membangunkan pusat pengumpulan hampas sawit bagi menjana tenaga elektrik daripada sisa sawit.

“Jika kita mahu menolong bumiputera, kita mesti cari bidang yang penting pada masa depan seperti pembangunan industri Black Soldier Fly. Ini adalah makanan masa depan, bagaimana ia menjadi asas makanan ternakan yang boleh menggantikan jagung dan kacang soya.

“Tetapi perlukan kajian dan kajian itu memerlukan dana. Kalau mahu bantu bumiputera, (bantu dalam bentuk) yang ini atau (bangunkan) pusat pengumpulan hampas sawit. Perlu ada dasar,” jelas beliau.

Selain itu, syarikat-syarikat asing yang ingin melabur juga akan meniliti kemampanan Malaysia pada masa akan datang. Contohnya sama ada kilang yang dibangunkan menggunakan tenaga elektrik daripada sumber mampan termasuk sisa sawit dan solar matahari.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini