comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Produktiviti buruh meningkat 1.9 peratus, suku pertama 2024

Foto hiasan

PUTRAJAYA: Produktiviti buruh di Malaysia mencatatkan RM42 per jam bekerja pada suku pertama 2024, meningkat 1.9 peratus berbanding RM41.2 per jam pada suku yang sama tahun lepas.

Menurut Statistik Produktiviti Buruh Malaysia Suku Pertama 2024 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), produktiviti itu disokong oleh kedudukan ekonomi yang menggalakkan, kestabilan pasaran buruh dan kadar pengangguran yang rendah.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata produktiviti buruh per pekerja mencatatkan pertumbuhan dua peratus kepada RM24,230 per pekerja pada suku pertama tahun ini berbanding RM23,744 per pekerja pada tempoh sama tahun lepas.

“Produktiviti buruh Malaysia mencatatkan pertumbuhan 1.9 peratus dengan jumlah jam bekerja meningkat 2.2 peratus mencatatkan 9.5 bilion jam sejajar dengan pertumbuhan ekonomi 4.2 peratus pada suku pertama 2024.

“Jumlah bilangan pekerja yang dicatatkan ialah 16.4 juta orang, menunjukkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 2.1 peratus pada suku pertama 2024 berbanding 16.3 juta orang pada suku keempat tahun lepas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini