comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Program Khas Pengakuan Sukarela 2.0 kutip RM100 juta dalam 2 bulan

Oleh Afrina Romzi

KUALA LUMPUR: Sebanyak 13,000 syarikat dan individu telah tampil membuat pengakuan cukai secara sukarela dengan jumlah hasil kutipan RM100 juta dalam dua bulan, sejak dilancarkan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata orang ramai perlu memanfaatkan Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 yang bermula Jun lalu di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ini, yang tidak mengenakan sebarang penalti.

“Mereka boleh melaksanakannya secara dalam talian atau hadir ke mana-mana pejabat LHDN di seluruh negara. Itulah yang saya maklumkan, peluang keemasan untuk pembayar cukai terkurang bayar atau tertangguh bayar,” katanya kepada pemberita selepas program sesi Libat Urus Bersama Associated Zong Xiang Chamber of Commerce Malaysia hari ini.

Tambah beliau, purata harian pembayar cukai semakin bertambah kutipannya, menunjukkan kesedaran rakyat yang membayar cukai semakin meningkat.

Datuk Seri Ahmad juga yakin jumlah kutipan cukai daripada program yang berjalan sehingga 31 Mei 2024 ini, dapat mencapai sasaran LHDN RM1 bilion dengan 50,000 pembayar cukai.

Ini juga akan menyumbang kepada sasaran kutipan cukai keseluruhan tahun ini untuk melepasi rekod tertinggi tahun lalu berjumlah RM175 bilion.

Dalam pada itu, LHDN akan mempercepatkan pelaksaaan sepenuhnya e-Invois pada 2025, dua tahun lebih awal daripada sasaran 2027, bagi mengatasi masalah ekonomi bayangan yang mencatat 20% daripada hasil Keluara Dalam Negara Kasar (KDNK).

Loading...
Terkini