comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Propel Global catat peningkatan hasil 43.3 peratus

KUALA LUMPUR: Propel Global Bhd, penyedia perkhidmatan minyak dan gas (O&G), meraih pendapatan RM35.1 juta pada suku kedua tahun kewangan 2024 (S2 TK2024), peningkatan 43.3 peratus daripada RM24.5 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya, di tengah-tengah dinamik pasaran yang berkembang.

Syarikat dalam satu kenyataan berkata, peningkatan hasil ini mencerminkan prestasi mantap segmen dan kejayaan pengenalan perkhidmatan baharu, terutamanya dalam kerja-kerja kejuruteraan dan teknikal, yang telah diterima baik di pasaran.

Sektor O&G terus menyesuaikan diri dengan dinamik pasaran, dengan keuntungan sebelum cukai segmen berjumlah RM1.6 juta, menunjukkan usaha berterusan untuk mengoptimumkan penawaran perkhidmatan dan kecekapan operasi.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Propel Global, Angeline Lee berkata, prestasti syarikat pada S2 TK2024 adalah bukti pendekatan dinamik Propel Global dan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap pertumbuhan, walaupun dalam landskap pasaran yang kompleks.

“Pengenalan perkhidmatan baharu dan pelancaran segmen ICT kami adalah penting dalam perjalanan kami ke arah menerajui transformasi digital dalam sektor tenaga,” katanya di sini hari ini.

Loading...
Terkini