comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Proses permohonan permit ekspatriat bakal dipendekkan

Oleh Fahiz Ariff

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH), memberi bayangan bahawa satu kaedah dan proses permohonan permit ekspatriat yang lebih pendek akan diumumkan kerajaan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata pengumuman itu akan diumumkan dalam tempoh tiga bulan dari sekarang.

“Tiga bulan itu ialah untuk memberi ruang dan masa kepada semua agensi yang terlibat untuk kita lakukan harmonisasi”

“Kita pastikan dalam usaha kita memendekkan dan memudahkan proses permohonan permit ekspatriat ini ia juga mematuhi semua kehendak undang-undang dan juga dasar negara,” ujar beliau dalam sidang media PEMUDAH di sini, hari ini.

Tambah beliau, keputusan itu dibuat selepas perbincangan dengan pihak industri dan pelabur mengenai tempoh permohonan permit ekspatriat yang terlalu lama memberi kesan kepada ekonomi negara.

“Perkara ini adalah cukup penting kepada industri kerana ia bersabit dengan tenaga kerja”

Untuk rekod, PEMUDAH adalah inisiatif kerajaan yang ditubuhkan pada 2007 bagi memudahkan kerjasama sektor awam-swasta.

Difahamkan, ia bertujuan untuk meningkatkan peranan sektor swasta sebagai pemacu utama produktiviti dan pertumbuhan ekonomi, serta menjalin hubungan strategik yang kukuh dengan kerajaan.

Loading...
Terkini