comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Prospek ekonomi Malaysia sederhana empat ke enam bulan lagi

Foto hiasan

PUTRAJAYA: Indeks Pelopor (IP), alat yang digunakan untuk meramalkan pergerakan ekonomi dalam purata empat hingga enam bulan ke hadapan mencatatkan 109 mata pada Julai 2023, bacaan yang menunjukkan prospek ekonomi negara kekal sederhana.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, berkata peningkatan ini dipacu oleh pertambahan ketara dalam bilangan unit kediaman diluluskan pembinaan, yang meningkat sebanyak 200.8 peratus.”Namun begitu, penurunan yang berterusan dalam import benar logam asas berharga & logam bukan ferus lain (-24.3 peratus) dan import benar semikonduktor (-17.4 peratus) mempengaruhi pertumbuhan keseluruhan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

DOSM hari ini menerbitkan Penunjuk Ekonomi Malaysia: Indeks Pelopor, Serentak & Susulan bagi Julai 2023.

Melihat kepada prestasi bulanan, Mohd Uzir berkata IP mencatatkan -0.7 peratus pada bulan dikaji berbanding -0.5 peratus pada bulan sebelumnya.Katanya, penurunan ini disebabkan oleh penyusutan dalam semua komponen kecuali Indeks Perusahaan Bursa Malaysia (0.1 peratus) serta jangkaan nilai jualan dan pembuatan (0.1 peratus).

“Kadar pertumbuhan IP terlicin bagi Julai 2023 masih kekal di bawah trend 100.0 mata, mencerminkan prestasi ekonomi Malaysia terus menyederhana dalam masa terdekat disebabkan oleh prospek global yang tidak menentu,” katanya.Beliau seterusnya berkata, dari segi keadaan ekonomi semasa, Indeks Serentak (IS) mencatatkan 123.5 mata pada Julai 2023, meningkat sebanyak 2.2 peratus berbanding 120.8 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Katanya, kecenderungan ini disumbangkan oleh semua komponen IS terutamanya nilai caruman benar, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang meningkat sebanyak 15.5 peratus.”Pada masa yang sama, prestasi bulanan IS turut bertumbuh sebanyak 0.2 peratus berbanding -0.9 peratus pada bulan sebelumnya, didorong oleh Indeks Kuantiti Perdagangan Runcit yang meningkat sebanyak 0.3 peratus.

Loading...
Terkini