comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Prospek sektor hartanah dijangka lebih cerah Jan-Jun 2025 – REHDA

Foto hiasan

Oleh: Amanda Lopez

PETALING JAYA: Pemaju hartanah yakin prospek sektor itu bagi separuh pertama tahun depan lebih baik berbanding separuh kedua 2024.

Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (Rehda) Datuk Ir Ho Hon Sang berkata kenaikan kos bahan binaan pada separuh pertama tahun ini telah menjejaskan sentimen pasaran bagi separuh kedua tahun ini.

Malah, 65 peratus atau 8,699 unit yang dijual bagi separuh tahun pertama tahun ini membabitkan jumlah unit tidak terjual , dan baki 35 peratus adalah daripada pelancaran baharu pada Jan-Jun 2024.

Dengan itu, pemaju mengambil pendekatan berhati-hati, tunggu dan lihat untuk menilai keadaan industri pada tahun depan.

“Pemaju masih berhati-hati dengan operasi perniagaan mereka, walaupun keadaan industri bertambah baik dari segi pelancaran dan jualan. Mereka ingin tahu apakah insentif atau dorongan daripada Belanjawan 2025 akan datang akan memacu pasaran hartanah,” katanya dalam satu sidang media selepas pembentangan Tinjauan Industri Hartanah bagi separuh pertama 2024 hari ini.

Jumlah pelancaran dan prestasi jualan hartanah kediaman meningkat pada separuh pertama 2024 dengan harga jualan yang paling banyak dilancarkan oleh pemaju adalah sekitar RM300,001 hingga RM700,000.

Tinjauan itu yang membabitkan 162 ahli Rehda di Semenanjung turut melaporkan berlaku peningkatan kos perniagaan bagi separuh pertama 2024 berbanding separuh kedua 2023.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini