comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Pulau Pinang, Johor kekal sebagai pengeksport utama negara pada Disember 2022 

Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama negara pada Disember 2022

KUALA LUMPUR: Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama negara pada Disember 2022 dengan sumbangan 30.8 peratus, diikuti oleh Johor (19.2 peratus), Selangor (17.8 peratus), Sarawak (9.1 peratus) dan Kuala Lumpur (4.7 peratus).

Sementara itu, bagi import, Selangor adalah penyumbang utama dengan 27.2 peratus, diikuti oleh Pulau Pinang (21.9 peratus), Johor (20.8 peratus), Kuala Lumpur (6.6 peratus) dan Kedah (5.8 peratus).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, berkata eksport pada bulan Disember 2022 meningkat sebanyak RM7.5 bilion atau enam peratus berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

“Eksport lebih tinggi direkodkan bagi kebanyakan negeri iaitu Johor (RM4.3 bilion), Sarawak (RM2.2 bilion), Selangor (RM1.4 bilion), Labuan (RM1.4 bilion), Negeri Sembilan (RM264.1 juta), Perak (RM230.1 juta), Kedah (RM184 juta), Melaka (RM97.9 juta), Kelantan (RM92.9 juta), (RM64.8 juta) dan Perlis (RM14.3 juta).

“Walau bagaimanapun, eksport menyusut di Sabah (-RM1.7 bilion), Pahang (-RM563.3 juta), Terengganu (-RM531 juta) dan Pulau Pinang (-RM93.3 juta),” katanya dalam satu kenyataan Statistik Eksport Import Mengikut Negeri Disember 2022 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), hari ini.

Mohd Uzir berkata, jumlah dagangan Malaysia pada 2022 merekodkan pencapaian baharu mencecah RM2.8 trilion.

“Eksport naik 25 peratus daripada RM1.2 trilion pada 2021 kepada RM1.6 trilion. Begitu juga import bernilai RM1.3 trilion, lebih tinggi 31.3 peratus berbanding tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau berkata, import pada 2022 pula menunjukkan peningkatan yang lebih tinggi bagi semua negeri iaitu Johor (RM96.3 bilion), Pulau Pinang (RM61.4 bilion), Selangor (RM56 bilion), Kedah (RM16.2 bilion), Melaka (RM15.6 bilion), Kuala Lumpur (RM15.5 bilion), Negeri Sembilan (RM13 bilion), Sarawak (RM10.9 bilion), Pahang (RM7.3 bilion), Perak (RM4.8 bilion), Sabah (RM2.1 bilion), Labuan (RM1.4 bilion), Terengganu (RM1.1 bilion), Perlis (RM424 juta) dan Kelantan (RM190.8 juta).

Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama negara pada Disember 2022 dengan sumbangan 30.8 peratus, diikuti oleh Johor (19.2 peratus), Selangor (17.8 peratus), Sarawak (9.1 peratus) dan Kuala Lumpur (4.7 peratus).Sementara itu, bagi import, Selangor adalah penyumbang utama dengan 27.2 peratus, diikuti oleh Pulau Pinang (21.9 peratus), Johor (20.8 peratus), Kuala Lumpur (6.6 peratus) dan Kedah (5.8 peratus).

Loading...
Terkini