comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Pulau Pinang tarik pelaburan impak tinggi RM22.7 bilion

FOTO: Penang Aerial

GEORGE TOWN: Pulau Pinang mencatatkan pelaburan berimpak tinggi bernilai RM22.7 bilion dengan 18,844 pekerjaan dijana pada tahun lalu berikutan pertumbuhan yang berterusan dan pembangunan industri berkaitan teknologi di negeri ini.

Menurut Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dalam kenyataan, dalam membina ekosistem yang kukuh dan mampan berhubung landskap perindustrian dan ekonomi negeri, ia mewujudkan hab teknologi dan inovasi yang dinamakan Pusat Inovasi Teknologi NCER (NTIC).

Katanya, penubuhan NTIC akan menjadi langkah penting dalam memudahkan inovasi dan teknologi dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui kerjasama dengan syarikat multinasional dan ahli akademik, selain turut menyediakan platform pembangunan tenaga kerja untuk menyokong keperluan industri.

“Kami percaya dengan bekerjasama rapat dengan syarikat multinasional, PKS tempatan dan ahli akademik, kami dapat mewujudkan ekosistem yang berdaya maju yang akan menarik lebih banyak perniagaan ke rantau ini dan membantu memacu pertumbuhan ekonomi bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi Wilayah Ekonomi Koridor Utara secara keseluruhannya.

“Kami percaya ini akan membolehkan Pulau Pinang mengekalkan kedudukannya sebagai destinasi pelaburan utama dan hab untuk pembangunan teknologi di rantau ini,” katanya.

Selain memberi tumpuan kepada industri berkaitan teknologi, NCIA berkata pihaknya komited untuk mempromosikan sektor utama lain di Pulau Pinang, iaitu pelancongan, logistik dan perladangan pintar, yang penting kepada ekonomi negeri untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan memacu pertumbuhan ekonomi.

Loading...
Terkini