comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Purata harga minyak brent dianggar pada AS$86 pada separuh kedua – BMI

KUALA LUMPUR: Harga minyak mentah Brent dijangka berpurata pada AS$85 setong pada 2024, justeru ia perlu berlegar sekitar AS$86 setong menjelang separuh kedua 2024 untuk memenuhi unjuran, menurut BMI.

Dalam ulasan tinjauan harga minyak terkininya, BMI berkata harga minyak mentah berada pada AS$83.5 setong pada tahun sehingga tarikh sekarang.

BMI juga mengekalkan anggaran harga minyak mentah Brent tahunan sebanyak AS$82 setong menjelang 2025.

“Berikutan ini, imbangan risiko kepada unjuran kami diletakkan ke arah penurunan.

“Bagaimanapun, kami memilih untuk tidak menyemak semula unjuran kami sekarang, sebaliknya menunggu dan melihat bagaimana harga akan bereaksi menjelang musim permintaan puncak yang akan datang di hemisfera utara,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

BMI berkata peniaga minyak melihat pemotongan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) mampu menyokong pertumbuhan ekonomi serta permintaan minyak, dan oleh itu, ia sepatutnya memacu Brent.

Rizab Persekutuan AS mungkin akan mengurangkan penanda aras rizabnya kepada 4.75 peratus pada hujung tahun ini daripada 5.50 peratus sebelumnya.

Selain itu, harga Brent telah menjejaki dengan teliti keluaran data ekonomi frekuensi tinggi sejak 18 bulan lepas, dengan keluaran yang melebihi jangkaan konsensus bertepatan dengan kenaikan harga minyak dan sebaliknya.

Secara amnya, pertumbuhan keluaran dalam negara kasar sebenar global semasa diramal kekal stabil pada 2.4 peratus tahun ini dan 2.5 peratus menjelang 2025, turun daripada 2.6 peratus pada 2023, kata BMI.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini