comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

QGB rakan strategik Bina Darulaman di LIMA 2023

Datuk Dr Muhamad Iqbal Mohamad

KUALA LUMPUR : Qew Group Bhd (QGB) akan menjadi rakan strategik dengan Bina Darulaman Bhd (BDB) dalam menganjurkan pelbagai acara sampingan pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2023.

QGB dalam satu kenyataan hari ini berkata, kerjasama itu bakal memberikan pulangan ‘menang-menang’ kepada kedua-dua pihak.

“Kerjasama berpanjangan dengan BDB itu adalah untuk mengukuhkan lagi usaha pembangunan perniagaan QGB bagi meneroka peluang dalam pelbagai industri perniagaan khususnya di Kedah dan di seluruh negara.

“Bersempena dengan LIMA 2023, beberapa anak syarikat QGB akan turut terlibat untuk menganjurkan pelbagai acara antaranya ialah forum perniagaan, padanan perniagaan dan beberapa sesi menandatangani perjanjian persefahaman” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan QGB, Datuk Dr Muhamad Iqbal Mohamad, berkata pihaknya bersama-sama BDB akan memastikan setiap aspek persiapan diteliti dan diperincikan supaya impaknya dapat dilihat pada hari penganjuran.

Kerjasama yang kukuh antara QGB dan BDB adalah satu platform terbaik untuk meneruskan kerjasama di peringkat agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta lain-lain pemegang taruh yang berkaitan.

“Satu Memorandum Persefahaman (MoU) akan ditandatangani di antara QGB dan Invest Kedah Bhd. QGB akan menjadi rakan pelaburan strategik kepada Invest Kedah untuk meneroka peluang pelaburan di Kedah,” katanya.

Beliau berkata, QGB juga akan mengorak langkah untuk melakukan pelaburan pertamanya di Langkawi, ia akan melantik Koperasi Komuniti Kepulauan Tuba dan Selat Bhd (KOPTUBAS) sebagai rakan perniagaan dalam pembangunan sektor pelancongan di Pulau Tuba.

Loading...
Terkini